Tinggalkanlah bersamaku sesuatu supaya aku dapat menjaganya daripadamu!

TEKS BAHASA ARAB

لما ودع رسول الله صلى الله عليه وسلم عبد الله بن رواحة؛ قال ابن رواحة: يا رسول الله! مرني بشيء أحفظه عنك! قال: "انك قادم غدا بلدا، السجود به قليل؛ فأكثر السجود". قال عبد الله: زدني يا رسول الله! قال: … فذكره. فقام من عنده حتى إذا مضى ذاهبا؛ رجع إليه فقال: يا رسول الله! إن الله وتر يحب الوتر! قال: "يا ابن رواحة! ما عجزت؛ فلا تعجزن إن أسأت عشرا أن تحسن واحدة". فقال ابن رواحة: لا أسألك عن شيء بعدها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Abdullah Ibn Rawahah, Ibn Rawahah berkata: Wahai Rasulullah! Tinggalkanlah bersamaku sesuatu supaya aku dapat menjaganya daripadamu! Lalu baginda bersabda: “Esok apabila kamu datang ke tempat itu, di mana sujudnya sedikit, maka perbanyakkanlah sujud”. ‘Abdullah berkata: Berikanku lebih lagi wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Ingatlah kepada Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi pertolongan buatmu untuk apa yang kamu minta”. Lalu dia berdiri di sisinya sehinggalah dia berlalu pergi, kemudian dia kembali dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada keganjilan! Rasulullah berkata: Wahai Ibn Rawahah! Aku tidak mampu maka dan janganlah kamu mencacatkannya. Sekiranya kamu berbuat jahat sepuluh kali, lalu kamu berbuat baik hanya sekali. Ibn Rawahah berkata: Aku tidak akan meminta sesuatu yang lain lagi selepas ini daripada kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1573, hadis nombor 7963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عطاء بن أبي مسلم-، قال: ((لما ودع رسول الله صلى الله عليه وسلم عبد الله بن رواحة؛ قال ابن رواحة: يا رسول الله! مرني بشيء أحفظه عنك! قال: "انك قادم غدا بلدا، السجود به قليل؛ فأكثر السجود". قال عبد الله: زدني يا رسول الله! قال: … فذكره. فقام من عنده حتى إذا مضى ذاهبا؛ رجع إليه فقال: يا رسول الله! إن الله وتر يحب الوتر! قال: "يا ابن رواحة! ما عجزت؛ فلا تعجزن إن أسأت عشرا أن تحسن واحدة". فقال ابن رواحة: لا أسألك عن شيء بعدها)). [الواقدي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7140)].

(Sangat lemah)
Daripada ‘Ata bin Abi Muslim, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Abdullah Ibn Rawahah, Ibn Rawahah berkata: Wahai Rasulullah! Tinggalkanlah bersamaku sesuatu supaya aku dapat menjaganya daripadamu! Lalu baginda bersabda: “Esok apabila kamu datang ke tempat itu, di mana sujudnya sedikit, maka perbanyakkanlah sujud”. ‘Abdullah berkata: Berikanku lebih lagi wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Ingatlah kepada Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi pertolongan buatmu untuk apa yang kamu minta”. Lalu dia berdiri di sisinya sehinggalah dia berlalu pergi, kemudian dia kembali dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada keganjilan! Rasulullah berkata: Wahai Ibn Rawahah! Aku tidak mampu maka dan janganlah kamu mencacatkannya. Sekiranya kamu berbuat jahat sepuluh kali, lalu kamu berbuat baik hanya sekali. Ibn Rawahah berkata: Aku tidak akan meminta sesuatu yang lain lagi selepas ini daripada kamu.[Riwayat al-Waqidi, Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7140]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs