TEKS BAHASA ARAB
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك فإنَّكَ لَنْ تَجِدَ فَقْدَ شَيْءٍ تَرَكْتَهُ لله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu, kerana sesungguhnya engkau sekali-kali tidak akan merasakan kehilangan sesuatu yang engkau tinggalkan kerana Allah.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 36, hadis nombor 178. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Zahabi berkata: “Sangat munkar”, al-Khatib pula berkata: “Batil”, sebetulnya ia berasal daripada kata-kata Malik. Saya berkata: “Saya telah menemuinya dalam kitab al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak diriwayatkan daripada tokoh yang terdahulu berbanding Malik, iaitu Shuraih al-Qadhi. Maka ucapan tersebut berasal daripada kalam beliau. Hadith yang makruf secara marfu' kepada Nabi SAW hanyalah: “Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu”. Sebahagian mereka meriwayatkan dengan ada penambahan: “Kerana sesuatu yang benar itu suatu yang tenang manakala kebohongan pula suatu yang meragukan”. Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi, Ibn Hibban telah menilainya sebagai sahih.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.