Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu,

Teks Bahasa Arab

دع ما يريبك إلى ما لا يريبك فإنَّكَ لَنْ تَجِدَ فَقْدَ شَيْءٍ تَرَكْتَهُ لله.

Teks Bahasa Melayu

Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu, kerana sesungguhnya engkau sekali-kali tidak akan merasakan kehilangan sesuatu yang engkau tinggalkan kerana Allah.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 36, hadis no. 178. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Zahabi berkata: "Sangat munkar", al-Khatib pula berkata: "Batil", sebetulnya ia berasal daripada kata-kata Malik. Saya berkata: "Saya telah menemuinya dalam kitab al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak diriwayatkan daripada tokoh yang terdahulu berbanding Malik, iaitu Shuraih al-Qadhi. Maka ucapan tersebut berasal daripada kalam beliau. Hadith yang makruf secara marfu' kepada Nabi SAW hanyalah: "Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu". Sebahagian mereka meriwayatkan dengan ada penambahan: "Kerana sesuatu yang benar itu suatu yang tenang manakala kebohongan pula suatu yang meragukan". Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi, Ibn Hibban telah menilainya sebagai sahih.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.