Tinggalkan perempuan yang cantik tetapi mandul, dan nikahilah perempuan hitam yang subur

TEKS BAHASA ARAB

دعوا الحسناء العاقر، وتزجوا السوداء الولود؛ فإني أكاثر بكم الأمم يوم القيامة، حتى السقط يظل محبنطئاً؛ أي: متغضباً، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل أبواي. فيقال: ادخل أنت وأبواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkan perempuan yang cantik tetapi mandul, dan nikahilah perempuan hitam yang subur, kerana aku adalah yang paling ramai dengan kamu semua pada hari Kiamat, sehingga janin yang keguguran sentiasa berasa marah, maka dikatakan kepadanya: Masuklah kedalam syurga. Maka bayi itu berkata: Sehingga kedua ibu bapa ku masuk ke dalamnya. Maka dikatakan: Masuklah engkau dan juga kedua ibu bapa engkau.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis nombor 4928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن محمد بن سيرين قال: قال رسول الله ﷺ: دعوا الحسناء العاقر، وتزوجوا السوداء الولود؛ فإني أكاثر بكم الأمم يوم القيامة، حتى السقط يظل محبنطئا؛ أي: متغضبا، فيقال له: ادخل الجنة. فيقول: حتى يدخل أبواي. فيقال: ادخل أنت وأبواك.
[عب، ((الضعيفة))(5893)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkan perempuan yang cantik tetapi mandul, dan nikahilah perempuan hitam yang subur, kerana aku adalah yang paling ramai dengan kamu semua pada hari Kiamat, sehingga janin yang keguguran sentiasa berasa marah, maka dikatakan kepadanya: Masuklah kedalam syurga. Maka bayi itu berkata: Sehingga kedua ibu bapa ku masuk ke dalamnya. Maka dikatakan: Masuklah engkau dan juga kedua ibu bapa engkau.
[Riwayat Musannaf Abd al-Razak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5893].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs