TEKS BAHASA ARAB
حديث: اتركوا الترك ما تركوكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tinggalkan (peperangan dengan) orang-orang Turk (kawasan di sebelah timur) jika mereka meninggalkan (peperangan) dengan kamu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 416, hadis nombor 175. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: في إسناده مسلمة بن حفص الأسدي، يضع الحديث. وقال ابن الجوزي: موضوع. وقد أخرجه أبو الشيخ في كتاب الفتن. ورواه الطبراني من طريق أخرى.
Ibn Hibban berkata: Pada sanadnya terdapat Maslamah bin Hafs al-Asadi, seorang pemalsu hadith. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Ia diriwayatkan oleh Abu al-Syeikh dalam kitab al-Fitan. Ia Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani daripada jalur yang lain.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.