Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tinggalkan peperangan dengan orang-orang Turk

Teks Bahasa Arab

حديث: اتْرُكُوا التُّرْكَ مَا تَرَكُوكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tinggalkan (peperangan dengan) orang-orang Turk (kawasan di sebelah timur) jika mereka meninggalkan (peperangan) dengan kamu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 416, hadis no. 175. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان: في إسناده مسلمة بن حفص الأسدي، يضع الحديث. وقال ابن الجوزي: موضوع. وقد أخرجه أبو الشيخ في كتاب الفتن. ورواه الطبراني من طريق أخرى.

Ibn Hibban berkata: Pada sanadnya terdapat Maslamah bin Hafs al-Asadi, seorang pemalsu hadith. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Ia diriwayatkan oleh Abu al-Syeikh dalam kitab al-Fitan. Ia Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani daripada jalur yang lain.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.