Tinggalkan orang-orang yang berpengetahuan dan banyak bercakap

TEKS BAHASA ARAB

ذروا العارفين المحدثين من أمتي، لا تنزلوهم الجنة ولا النار، حتى يكون الله الذي يقضي فيهم يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkan orang-orang yang berpengetahuan dan banyak bercakap tentang benda ghaib dari umatku. Jangan tentukan buat mereka syurga atau neraka sehinggalah Allah menghakimi mereka pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 647, hadis nombor 3349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن محمد بن الحنفية عن أبيه -رضي الله عنه – مرفوعاً: «ذروا العارفين المحدثين من أمتي، لا تنزلوهم الجنة ولا النار، حتى يكون الله الذي يقضي فيهم يوم القيامة». [عد، خط، الثقفي في «الثقفيات»، «الضعيفة» (635)].

(Palsu) Daripada Muhammad bin al-Hanafiyyah dari ayahnya RA secara marfu’: “Tinggalkan orang-orang yang berpengetahuan dan banyak bercakap tentang benda ghaib dari umatku. Jangan tentukan buat mereka syurga atau neraka sehinggalah Allah menghakimi mereka pada hari kiamat.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Thaqafi dalam al-Thaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs