(Tinggalkan) Hutang walau satu dirham

TEKS BAHASA ARAB

الدين ولو درهما، والعائلة ولو بنتا، والسؤال ولو كيف الطريق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Tinggalkan) Hutang walau satu dirham, keluarga walau seorang anak perempuan, bertanya walau tentang jalan.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 101, hadis nombor 136. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أستحضره في المرفوع.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpainya secara marfu’ (dari Nabi).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.