Tinggalkan dunia ini untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil bahagiannya dari dunia ini melebihi kecukupannya, lalu dia mati sedangkan dia tidak menyedarinya

TEKS BAHASA ARAB

دعوا الدنيا لأهلها، من أخذ من الدنيا فوق ما يكفيه أخذ حتفه وهو لا يشعر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkan dunia ini untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil bahagiannya dari dunia ini melebihi kecukupannya, dia sebenarnya sedang mengambil (jalan) kebinasaannya dan dia tidak menyedarinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis nombor 3095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – رفعه: ((دعوا الدنيا لأهلها، من أخذ من الدنيا فوق ما يكفيه أخذ حتفه وهو لا يشعر)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1691)].

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkan kepada Nabi SAW): ((Tinggalkan dunia ini untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil bahagiannya dari dunia ini melebihi kecukupannya, dia sebenarnya sedang mengambil (jalan) kebinasaannya dan dia tidak menyedarinya.))
[Riwayat Tammam dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1691]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs