Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَعُوا الدنيا لأهلِها، من أخذ من الدنيا فوقَ ما يَكْفِيهِ أخذ حَتْفَهُ وهو لا يشعرُ.
Teks Bahasa Melayu
Tinggalkan dunia ini untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil bahagiannya dari dunia ini melebihi kecukupannya, dia sebenarnya sedang mengambil (jalan) kebinasaannya dan dia tidak menyedarinya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis no. 3095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - رفعه: ((دعوا الدنيا لأهلها، من أخذ من الدنيا فوق ما يكفيه أخذ حتفه وهو لا يشعر)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1691)].
(Lemah) Daripada Anas RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkan kepada Nabi SAW): ((Tinggalkan dunia ini untuk ahlinya, sesiapa yang mengambil bahagiannya dari dunia ini melebihi kecukupannya, dia sebenarnya sedang mengambil (jalan) kebinasaannya dan dia tidak menyedarinya.)) [Riwayat Tamam dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1691]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman