Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Timbanglah rambut Hussain dan sedekahkanlah perak dengan kadar berat timbangan tersebut

Teks Bahasa Arab

زِنِي شَعْرَ الحُسَيْنِ، وتَصَدَّقِي بوزنِهِ فِضَّةً، وأَعْطِي القابلةَ رِجْلَ العقيقةِ.

Teks Bahasa Melayu

Timbanglah rambut Hussain dan sedekahkanlah perak dengan kadar berat timbangan tersebut, serta berikanlah bahagian kaki sembelihan akikah itu kepada bidan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 416, hadis no. 2239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي - رضي الله عنه - أن رسول الله ﷺ أمر فاطمة - رضي الله عنها - فقال: «زِنِي شَعْرَ الحُسَيْنِ، وتَصَدَّقِي بوزنِهِ فِضَّةً، وأَعْطِي القابلةَ رِجْلَ العقيقةِ». [ك، هق، «الضعيفة» (5100)].

(Munkar) Daripada Ali RA, bahawa Rasulullah ﷺ memberi arahan kepada Fatimah RA, baginda bersabda: "Timbanglah rambut Hussain dan sedekahkanlah perak dengan kadar berat timbangan tersebut, serta berikanlah bahagian kaki sembelihan akikah itu kepada bidan". [Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5100].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.