TEKS BAHASA ARAB
زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Timbanglah rambut al-Husayn dan sedekahkanlah perak mengikut beratnya, serta berikanlah bidan itu bahagian kaki (haiwan) akikah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis nombor 2155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – أن رسول الله ﷺ أمر فاطمة – رضي الله عنها -، فقال: «زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة». [ك، «الضعيفة» (3890)].
(Lemah) Daripada ‘Ali RA, bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan Fatimah RA dengan berkata: "Timbanglah rambut al-Husayn dan sedekahkanlah perak mengikut beratnya, serta berikanlah bidan itu bahagian kaki (haiwan) akikah". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3890].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.