Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Timbanglah rambut al-Husayn dan sedekahkanlah perak mengikut beratnya, serta berikanlah bidan itu bahagian kaki (haiwan) akikah

Teks Bahasa Arab

زِنِي شَعْرَ الحُسَيْنِ، وتَصَدَّقِي بوزنِهِ فِضَّةً، وأَعْطِي القابلةَ رِجْلَ العقيقةِ.

Teks Bahasa Melayu

Timbanglah rambut al-Husayn dan sedekahkanlah perak mengikut beratnya, serta berikanlah bidan itu bahagian kaki (haiwan) akikah.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis no. 2155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - أن رسول الله ﷺ أمر فاطمة - رضي الله عنها -، فقال: «زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة». [ك، «الضعيفة» (3890)].

(Lemah) Daripada ‘Ali RA, bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan Fatimah RA dengan berkata: "Timbanglah rambut al-Husayn dan sedekahkanlah perak mengikut beratnya, serta berikanlah bidan itu bahagian kaki (haiwan) akikah". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3890].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.