Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Timbangan kemulian ulama lebih utama dari darah orang yang mati syahid

Teks Bahasa Arab

حديث: مِدَادُ الْعُلَمَاءِ أَفْضَلُ مِنْ دَمِ الشهيد.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Timbangan kemulian ulama lebih utama daripada darah orang yang mati syahid.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 287, hadis no. 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَال في الْمقَاصد: هو من قول الحسن البصري. ورواه ابن عبد البر عن أبي الدرداء مرفوعًا بلفظ: يوزن يوم القيامة مداد العلماء ودم الشهداء . وروى الخطيب عن ابن عمر: وُزن حبر العلماء ودم الشهداء فرجَح عليهم. وفي إسناده: متهم بالوضع. وروى: نقطة من دواة عالم أحب إلى الله من عرق مائة ثوب شهيد. قال في الذيل: موضوع.

Al-Sakhawi berkata dalam al-Maqasid : ia merupakan perkataan al-Hasan al-Basri. Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Abi Darda secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dengan lafaz : "Ditimbang pada hari kiamat timbangan kemulian ulama dan darah syuhada". Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Umar: "Timbangan kemulian ulama dan darah syuhada, maka lebih berat lagi kemulian ulama". Pada sanadnya ada perawi dituduh mereka hadith. Dalam riwayat yang lain : “satu titik darah seorang alim lebih dicintai Allah SWT daripada 100 darah baju orang yang mati syahid.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.