Timbang rambut al-Husain, dan sedekahlah perak berdasarkan timbangannya

TEKS BAHASA ARAB

زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Timbang rambut al-Husain, dan sedekahlah perak berdasarkan timbangannya, berikan bidan kaki (haiwan) akikah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 950, hadis nombor 4902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن علي – رضي الله عنه – أن رسول الله – ﷺ- أمر فاطمة رضي الله عنها، فقال: زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة.
[ك، هق، ((الضعيفة))(3890، 5100)].

(Munkar)
Diriwayatkan daripada Ali RA bahawa Rasulullah telah menyuruh Fatimah RA sambil berkata: Timbang rambut al-Husain, dan sedekahlah perak berdasarkan timbangannya, berikan bidan kaki (haiwan) akikah.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3890, 5100].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.