Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زِنِي شَعْرَ الحُسَيْنِ، وتَصَدَّقِي بوزنِهِ فِضَّةً، وأَعْطِي القابلةَ رِجْلَ العقيقةِ.
Teks Bahasa Melayu
Timbang rambut al-Husain, dan sedekahlah perak berdasarkan timbangannya, berikan bidan kaki (haiwan) akikah.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 950, hadis no. 4902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي – رضي الله عنه – أن رسول الله - ﷺ- أمر فاطمة رضي الله عنها، فقال: زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة. [ك، هق، الضعيفة(3890، 5100)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Ali RA bahawa Rasulullah telah menyuruh Fatimah RA sambil berkata: Timbang rambut al-Husain, dan sedekahlah perak berdasarkan timbangannya, berikan bidan kaki (haiwan) akikah. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3890, 5100].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman