TEKS BAHASA ARAB
ثلاث وثلاث وثلاث، فثلاث لا يمين فيهن، وثلاث الملعون فيهن، وثلاث أشك فيهن. فأما الثلاث التي لا يمين فيهن: فلا يمين مع والد، ولا المرأة مع زوجها، ولا المملوك مع سيده. وأما الملعون فيهن: فملعون من لعن والديه، وملعون من ذبح لغير الله، وملعون من غير تخوم الأرض، وأما الثلاث التي أشك فيهن: فلا أدري أعزير كان نبياً أم لا، ولا أدري ألعن تبعاً أم لا، قال: ونسيت، يعنى: الثالثة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga, tiga, dan tiga. Maka tiga yang tidak ada sumpah pada mereka. Dan tiga golongan yang dilaknat pada mereka. Dan tiga golongan yang aku rasa syak pada mereka. Adapun tiga golongan yang tidak ada sumpah pada mereka: Tidak ada sumpah bersama dengan bapa, tidak ada sumpah seorang isteri bersama suaminya, dan tidak ada sumpah seorang hamba bersama tuannya. Adapun golongan yang dilaknat itu adalah mereka yang melaknat kedua ibu bapanya. Dan dilaknat sesiapa yang menyembelih kepada selain Allah SWT, serta mereka yang mengubah sempadan tanah. Manakala tiga perkara yang aku berasa syak padanya: Maka aku tidak tahu sama ada ‘Uzair itu seorang Nabi atau tidak, dan aku tidak tahu sama ada aku perlu melaknat Tubba‘ atau tidak. Beliau telah berkata: “Dan aku lupa iaitu yang ketiga”.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 55, hadis nombor 235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ثلاث وثلاث وثلاث، فثلاث لا يمين فيهن، وثلاث المعلون فيهن، وثلاث أشك فيهن. فأما الثلاث التي لا يمين فيهن: فلا يمين مع والد، ولا المرأة مع زوجها، ولا المملوك مع سيده. وأما المعلون فيهن: فمعلون من لعن والديه، ومعلون من ذبح لغير الله، ومعلون من غيّر تخوم الأرض، وأما الثلاث التي أشك فيهن: فلا أدري أعزير كان نبياً أم لا، ولا أدري ألعن تبعاً أم لا، قال: ونسيت، يعنى: الثالثة)). [لوين في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (3433)].
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga, tiga, dan tiga. Maka tiga yang tidak ada sumpah pada mereka. Dan tiga golongan yang dilaknat pada mereka. Dan tiga golongan yang aku rasa syak pada mereka. Adapun tiga golongan yang tidak ada sumpah pada mereka: Tidak ada sumpah bersama dengan bapa, tidak ada sumpah seorang isteri bersama suaminya, dan tidak ada sumpah seorang hamba bersama tuannya. Adapun golongan yang dilaknat itu adalah mereka yang melaknat kedua ibu bapanya. Dan dilaknat sesiapa yang menyembelih kepada selain Allah SWT, serta mereka yang mengubah sempadan tanah. Manakala tiga perkara yang aku berasa syak padanya: Maka aku tidak tahu sama ada ‘Uzair itu seorang Nabi atau tidak, dan aku tidak tahu sama ada aku perlu melaknat Tubba‘ atau tidak. Beliau telah berkata: “Dan aku lupa iaitu yang ketiga”.))
[Riwayat Luwayn dalam Aḥādīth beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3433].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.