Tiga, tiga dan tiga. Maka tiga orang yang tidak ada sumpah padanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث وثلاث وثلاث، فثلاث لا يمين فيهن، وثلاث المعلون فيهن، وثلاث أشك فيهن. فأما الثلاث التي لا يمين فيهن: فلا يمين مع والد، ولا المرأة مع زوجها، ولا المملوك مع سيده. وأما المعلون فيهن: فمعلون من لعن والديه، ومعلون من ذبح لغير الله، ومعلون من غير تخوم الأرض، وأما الثلاث التي أشك فيهن: فلا أدري أعزير كان نبياً أم لا، ولا أدري ألعن تبعاً أم لا، قال: ونسيت، يعنى: الثالثة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga, tiga dan tiga. Maka tiga orang yang tidak ada sumpah padanya, tiga orang yang dilaknat padanya dan tiga yang aku sangsi padanya. Tiga orang yang tiada sumpah padanya adalah sumpah bersama seorang ayah, sumpah isteri bersama suaminya dan hamba kepada tuannya. Tiga orang yang dilaknat pula adalah: Orang yang melaknati orang tuanya, orang yang menyembelih bukan kerana Allah dan orang yang mengubah batasan bumi. Tiga orang yang aku sangsi padanya adalah: Aku tidak tahu sama ada Uzair adalah seorang Nabi atau tidak, aku tidak tahu sama ada aku melaknat Tubba’ atau tidak. Kemudian Baginda berkata: Aku lupa, yakni perkara yang ketiga.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1684, hadis nombor 8489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Luwain dalam hadithnya dan Ibn Asakir.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon