Tiga tempat yang tidak akan ditolak doa padanya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة مواطن لا ترد فيها دعوة: رجل يكون في برية حيث لا يراه أحد إلا الله فيقوم فيصلي، فيقول الله – عز وجل – لملائكته: ألا أرى عبدي هذا يعلم أن له ربا يغفر الذنوب، فانظروا ما يطلب! قال: فيقول الملائكة: أي رب! رضاءك ومغفرتك. فيقول – تبارك وتعالى -: اشهدوا أني قد غفرت له. ورجل يقوم من الليل، فيقول الله – تعالى -: أليس قد جعلت الليل سكناً والنوم سباتاً فقام عبدي هذا يصلي ويعلم أن له رباً، قال: فيقول الله لملائكته: انظروا ما يطلب عبدي هذا! قال: فتقول الملائكة: يا رب! رضاك ومغفرتك. قال: فيقول – عز وجل -: اشهدوا أني قد غفرت له. ورجل يكون معه فئة، فيفر عنه أصحابه، ويلبث هو في مكانه، قال: فيقول – تعالى – لملائكته: انظروا ما يطلب عبدي هذا! قال: فيقول الملائكة: يا رب! بذل مهجة نفسه لك يطلب رضاك، فيقول الله – عز وجل -: اشهدوا أني قد غفرت له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga tempat yang tidak akan ditolak doa padanya, iaitu seseorang yang berada di gurun di mana tidak ada seorang pun yang melihatnya melainkan Allah, lalu dia berdiri seterusnya mendirikan solat, Allah ‘azza wa jalla pun akan berfirman kepada malaikatNya: Ketahuilah, Aku mengetahui bahawa hambaKu ini tahu bahawa dia memiliki Tuhan yang akan mengampunkan dosa-dosanya, maka lihatlah kamu apa yang dia minta. Baginda bersabda: Para malaikat tersebut pun berkata: Wahai Tuhan! Dia menginginkan keredhaanMu dan keampunanMu. Allah Tabaraka Wa Ta’ala pun berfirman: Persaksikanlah oleh kamu bahawa Aku telah memberikan keampunan kepadanya, dan seorang lelaki yang bangun pada sebahagian malam, lalu Allah Ta’ala berfirman: Bukankah Aku telah jadikan malam itu tenang, tidur itu suatu kerehatan? Lalu hambaKu ini telah bangun, dia bersolat dan dia tahu bahawa dia memiliki Tuhan, Baginda bersabda: Lalu Allah berfirman kepada malaikatNya: Lihatlah apa yang diminta oleh hambaKu ini!. Baginda bersabda: Lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan! Dia menginginkan keredhaanMu dan keampunanMu, Baginda bersabda: Allah ‘azza wa jalla pun berfirman: Persaksikanlah olehmu bahawa Aku telah memberikan keampunan kepadanya. Dan seorang lelaki yang berada bersama satu kumpulan, lalu rakan-rakannya melarikan diri daripadanya, dia tinggal untuk satu tempoh di tempatnya, Baginda bersabda: Allah Ta’ala pun berfirman kepada malaikatNya: Lihatlah kamu apa yang hambaKu ini ingin minta. Baginda bersabda: Lalu para malaikat itu pun berkata: Wahai Tuhan! Dia berusaha sepenuh jiwanya untukMu, demi keredhaanMu, lalu Allah ‘azza wa jalla pun berfirman: Persaksikanlah oleh kamu bahawa Aku telah memberikan pengampunan kepadanya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1456, hadis nombor 7409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ربيعة بن وقاص – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((ثلاثة مواطن لا ترد فيها دعوة: رجل يكون في برية حيث لا يراه أحد إلا الله فيقوم فيصلي، فيقول الله – عز وجل – لملائكته: ألا أرى عبدي هذا يعلم أن له ربا يغفر الذنوب، فانظروا ما يطلب! قال: فيقول الملائكة: أي رب! رضاءك ومغفرتك. فيقول – تبارك وتعالى -: اشهدوا أني قد غفرت له. ورجل يقوم من الليل، فيقول الله – تعالى -: أليس قد جعلت الليل سكناً والنوم سباتاً فقام عبدي هذا يصلي ويعلم أن له رباً، قال: فيقول الله لملائكته: انظروا ما يطلب عبدي هذا! قال: فتقول الملائكة: يا رب! رضاك ومغفرتك. قال: فيقول – عز وجل -: اشهدوا أني قد غفرت له. ورجل يكون معه فئة، فيفر عنه أصحابه، ويلبث هو في مكانه، قال: فيقول – تعالى – لملائكته: انظروا ما يطلب عبدي هذا! قال: فيقول الملائكة: يا رب! بذل مهجة نفسه لك يطلب رضاك، فيقول الله – عز وجل -: اشهدوا أني قد غفرت له)). [ابن منده، ابن قدامة في ((الثاني من الفوائد))، ((الضعيفة)) (3446)]

(Sangat Lemah)
Daripada Rabi’ah bin Waqqas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga tempat yang tidak akan ditolak doa padanya, iaitu seseorang yang berada di gurun di mana tidak ada seorang pun yang melihatnya melainkan Allah, lalu dia berdiri seterusnya mendirikan solat, Allah ‘azza wa jalla pun akan berfirman kepada malaikatNya: Ketahuilah, Aku mengetahui bahawa hambaKu ini tahu bahawa dia memiliki Tuhan yang akan mengampunkan dosa-dosanya, maka lihatlah kamu apa yang dia minta. Baginda bersabda: Para malaikat tersebut pun berkata: Wahai Tuhan! Dia menginginkan keredhaanMu dan keampunanMu. Allah Tabaraka Wa Ta’ala pun berfirman: Persaksikanlah oleh kamu bahawa Aku telah memberikan keampunan kepadanya, dan seorang lelaki yang bangun pada sebahagian malam, lalu Allah Ta’ala berfirman: Bukankah Aku telah jadikan malam itu tenang, tidur itu suatu kerehatan? Lalu hambaKu ini telah bangun, dia bersolat dan dia tahu bahawa dia memiliki Tuhan, Baginda bersabda: Lalu Allah berfirman kepada malaikatNya: Lihatlah apa yang diminta oleh hambaKu ini!. Baginda bersabda: Lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan! Dia menginginkan keredhaanMu dan keampunanMu, Baginda bersabda: Allah ‘azza wa jalla pun berfirman: Persaksikanlah olehmu bahawa Aku telah memberikan keampunan kepadanya. Dan seorang lelaki yang berada bersama satu kumpulan, lalu rakan-rakannya melarikan diri daripadanya, dia tinggal untuk satu tempoh di tempatnya, Baginda bersabda: Allah Ta’ala pun berfirman kepada malaikatNya: Lihatlah kamu apa yang hambaKu ini ingin minta. Baginda bersabda: Lalu para malaikat itu pun berkata: Wahai Tuhan! Dia berusaha sepenuh jiwanya untukMu, demi keredhaanMu, lalu Allah ‘azza wa jalla pun berfirman: Persaksikanlah oleh kamu bahawa Aku telah memberikan pengampunan kepadanya.
[Riwayat Ibn Mandah, Ibn Qudamah dalam al-Thani Min al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3446]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs