Tiga tanda kefakiran: Pemimpin yang apabila kamu berlaku baik, tidaklah mereka syukuri

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من الفواقر: إمام إن أحسنت لم يشكر، وإن أسأت لم يغفر، وجار إن رأى خيرا دفنه، وإن رأى شرا أشاعه، وامرأة إن حضرتك آذتك، وإن غبت خانتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga tanda kefakiran: Pemimpin yang apabila kamu berlaku baik, tidaklah mereka syukuri, jika kamu bertindak buruk, tidaklah mereka ampun. Jiran pula, apabila dia melihat tetangga berbuat baik, mereka sembunyikan. Apabila melihat tetangga berbuat jahat, dia sebarkannya. Perempuan pula, apabila dia datang kepada kamu, mereka menyakitimu, apabila dia tidak berada denganmu, mereka mengkhianatimu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis nombor 9230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فضالة بن عبيد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من الفواقر: إمام إن أحسنت لم يشكر، وإن أسأت لم يغفر، وجار إن رأى خيرا دفنه، وإن رأى شرا أشاعه، وامرأة إن حضرتك آذتك، وإن غبت خانتك)). [أبو نعيم في ((الأخبار))، ((الضعيفة)) (3087)].

(Lemah) Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tiga tanda kefakiran: Pemimpin yang apabila kamu berlaku baik, tidaklah mereka syukuri, jika kamu bertindak buruk, tidaklah mereka ampun. Jiran pula, apabila dia melihat tetangga berbuat baik, mereka sembunyikan. Apabila melihat tetangga berbuat jahat, dia sebarkannya. Perempuan pula, apabila dia datang kepada kamu, mereka menyakitimu, apabila dia tidak berada denganmu, mereka mengkhianatimu." [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Akhbar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3087]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs