Lemah
5 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلَاثٌ مِنَ الفَوَاقِرِ: إِمَامٌ إِنْ أَحْسَنْتَ لَمْ يَشْكُرْ، وَإِنْ أَسَأَْتَ لَمْ يَغْفِرْ، وَجَارٌ إِنْ رَأَى خَيْرًا دَفَنَهُ، وَإِنْ رَأَى شَرًّا أَشَاعَهُ، وَامْرَأَةٌ إِنْ حَضَرَتْكَ آذَتْكَ، وَإِنْ غِبْتَ خَانَتْكَ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga tanda kefakiran: Pemimpin yang apabila kamu berlaku baik, tidaklah mereka syukuri, jika kamu bertindak buruk, tidaklah mereka ampun. Jiran pula, apabila dia melihat tetangga berbuat baik, mereka sembunyikan. Apabila melihat tetangga berbuat jahat, dia sebarkannya. Perempuan pula, apabila dia datang kepada kamu, mereka menyakitimu, apabila dia tidak berada denganmu, mereka mengkhianatimu.
Sahabat Perawi
- Fadhalah bin 'Ubaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis no. 9230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن فضالة بن عبيد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من الفواقر: إمام إن أحسنت لم يشكر، وإن أسأت لم يغفر، وجار إن رأى خيرا دفنه، وإن رأى شرا أشاعه، وامرأة إن حضرتك آذتك، وإن غبت خانتك)). [أبو نعيم في ((الأخبار))، ((الضعيفة)) (3087)].
(Lemah) Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tiga tanda kefakiran: Pemimpin yang apabila kamu berlaku baik, tidaklah mereka syukuri, jika kamu bertindak buruk, tidaklah mereka ampun. Jiran pula, apabila dia melihat tetangga berbuat baik, mereka sembunyikan. Apabila melihat tetangga berbuat jahat, dia sebarkannya. Perempuan pula, apabila dia datang kepada kamu, mereka menyakitimu, apabila dia tidak berada denganmu, mereka mengkhianatimu." [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Akhbar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3087]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman