Tiga suara yang dicintai oleh Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أصوات يحبها الله: صوت الملائكة، وصوت الذي يقرأ القرآن، وصوت المستغفرين بالأسحار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga suara yang dicintai oleh Allah, iaitu: Suara malaikat, suara yang membaca al-Quran dan suara yang memohon keampunan pada waktu dini hari (sebelum waktu Subuh).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis nombor 2847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم محمد بنت سعد بن زید بن ثابت قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ثلاثة أصوات يحبها الله: صوت الملائكة، وصوت الذي يقرأ القرآن، وصوت المستغفرين بالأسحار)). [فر، ((الضعيفة)) (6326)]

(Palsu)
Daripada Ummu Muhammad binti Sa’ad bin Zaid bin Tsabit berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga suara yang dicintai oleh Allah, iaitu: Suara malaikat, suara yang membaca al-Quran dan suara yang memohon keampunan pada waktu dini hari (sebelum waktu Subuh).
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6326]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs