Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ أصوات يحبُّها اللهُ: صوتُ الملائكةِ، وصوتًُ الذي يَقْرَأُ القرآن، وصوتُ المستغفرينَ بالأَسْحارِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga suara yang dicintai oleh Allah, iaitu: Suara malaikat, suara yang membaca al-Quran dan suara yang memohon keampunan pada waktu dini hari (sebelum waktu Subuh).
Sahabat Perawi
- Ummu Muhammad binti Sa’ad bin Zaid bin Tsabit
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis no. 2847.
(موضوع) عن أم محمد بنت سعد بن زید بن ثابت قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ثلاثة أصوات يحبها الله: صوت الملائكة، وصوت الذي يقرأ القرآن، وصوت المستغفرين بالأسحار)). [فر، ((الضعيفة)) (6326)]
(Palsu) Daripada Ummu Muhammad binti Sa’ad bin Zaid bin Tsabit berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga suara yang dicintai oleh Allah, iaitu: Suara malaikat, suara yang membaca al-Quran dan suara yang memohon keampunan pada waktu dini hari (sebelum waktu Subuh). [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6326]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman