Tiga suara yang dibanggakan oleh Allah SWT kepada para malaikat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga suara yang dibanggakan oleh Allah kepada para malaikat: Azan, laungan takbir ketika berperang di jalan Allah, dan meninggikan suara dengan bertalbiah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis nombor 3784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية)). [ابن الوزير في ((الأمالي))، فر، ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (3434)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga suara yang dibanggakan oleh Allah kepada para malaikat: Azan, laungan takbir ketika berperang di jalan Allah, dan meninggikan suara dengan bertalbiah.
[Riwayat Ibn al-Wazir dalam al-Amali, al-Daylami dalam al-Firdaws, dan Ibn Hajar dalam al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3434]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs