Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ أصواتٍ يُباهِي اللهُ بها الملائكةَ: الأذانُ، والتكبيرُ في سبيلِ اللهِ، ورفعُ الصوتِ بالتلبيةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga suara yang dibanggakan oleh Allah kepada para malaikat: Azan, laungan takbir ketika berperang di jalan Allah, dan meninggikan suara dengan bertalbiah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis no. 3784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية)). [ابن الوزير في ((الأمالي))، فر، ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (3434)]
(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga suara yang dibanggakan oleh Allah kepada para malaikat: Azan, laungan takbir ketika berperang di jalan Allah, dan meninggikan suara dengan bertalbiah. [Riwayat Ibn al-Wazir dalam al-Amali, al-Daylami dalam al-Firdaws, dan Ibn Hajar dalam al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3434]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman