Tiga sifat yang ada dalam diri orang beriman

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من أخلاق الإيمان: من إذا غضب لم يدخله غضبه في باطل، ومن إذا رضي لم يخرجه رضاه من حق، ومن إذا قدر لم يتعاط ما ليس له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara daripada akhlak orang beriman, ialah: Seseorang yang apabila dia marah, ia tidak memasukkan dirinya ke dalam kebatilan; seseorang yang apabila dia reda, ia tak mengeluarkan dirinya daripada kebenaran; dan seseorang yang apabila ditakdirkan (kekurangan daripada sudut rezekinya) dia tidak mengambil apa yang bukan miliknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 36. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من أخلاق الإيمان: من إذا غضب لم يدخله غضبه في باطل، ومن إذا رضي لم يخرجه رضاه من حق، ومن إذا قدر لم يتعاط ما ليس له)).
[طص، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن بشران، ((الضعيفة)) (541)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga sifat akhlak orang beriman, ialah: Seseorang yang apabila dia marah, ia tidak memasukkan dirinya ke dalam kebatilan; seseorang yang apabila dia reda, ia tak mengeluarkan dirinya daripada kebenaran; dan seseorang yang apabila ditakdirkan (kekurangan daripada sudut rezekinya) dia tidak mengambil apa yang bukan miliknya.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, Ibn Bisyran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.541]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs