Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara yang tidak boleh tunduk kepadanya

Teks Bahasa Arab

ثَلاثٌ لَا يُرْكَنُ إِلَيْهَا الدنيا والسلطان والمرأة.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara yang tidak boleh tunduk kepadanya, iaitu dunia, pemerintah dan wanita.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 30, hadis no. 102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث وإن كان كلاما حسنا.

Bukanlah hadith, namun ia suatu ucapan yang bagus.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.