Tiga perkara yang tidak boleh dihalang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا نبي الله! ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: الماء. قال: يا نبي الله! ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: الملح. قال: يا نبي الله! ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: أن تفعل الخير خير لك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Nabi Allah, apakah sesuatu yang tidak boleh untuk kita menghalang (pemberian)nya? Baginda menjawab: "Air". Dia berkata lagi: Wahai Nabi Allah, apakah sesuatu yang tidak boleh untuk kita menghalang (pemberian)nya? Baginda menjawab: "Garam". Wahai Nabi Allah, apakah sesuatu yang tidak boleh untuk kita menghalangnya? Baginda menjawab: "Sekiranya kamu melakukan kebaikan, itu lebih baik untuk kamu".

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 874, hadis nombor 4478. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن امرأة يقال لها بهيسة عن أبيها قالت: استأذن أبي النبي صلى الله عليه وسلم، فدخل بينه وبين قميصه، فجعل يقبل ويلتزم، ثم قال: يا نبي الله! ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: الماء. قال: يا نبي الله! ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: الملح. قال: يا نبي الله! ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: ((أن تفعل الخير خير لك)). [د، الدارمي، حم، ((الضعيفة)) (2964)].

(Lemah)
Daripada seorang perempuan yang disebut sebagai Buhaisah, daripada bapanya, beliau berkata: Bapaku telah meminta izin kepada Nabi SAW (untuk mencium badan Baginda). (Setelah diizinkan) dia pun masuk di antara pakaian Nabi SAW lalu dia mencium dan memeluk baginda. Kemudian dia berkata: Wahai Nabi Allah, apakah sesuatu yang tidak boleh untuk kita menghalang (pemberian)nya? Baginda menjawab: "Air". Dia berkata lagi: Wahai Nabi Allah, apakah sesuatu yang tidak boleh untuk kita menghalang (pemberian)nya? Baginda menjawab: "Garam". Wahai Nabi Allah, apakah sesuatu yang tidak boleh untuk kita menghalangnya? Baginda menjawab: "Sekiranya kamu melakukan kebaikan, itu lebih baik untuk kamu".
[Riwayat Abu Dāwud dalam Sunan beliau, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2964].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.