Tiga perkara yang tidak akan dihisab seseorang hamba padanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث لا يحاسب بهن العبد: ظل خص يستظل به، ‌وكسرة يشد بها صلبه، وثوب يواري عورته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang tidak akan dihisab seseorang hamba padanya: Rumah dari kayu yang dia berteduh padanya, serpihan yang menguatkan tulang belakangnya, dan pakaian yang menutupi auratnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis nombor 3122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن مرفوعا: ((ثلاث لا يحاسب بهن العبد: ظل خص يستظل به، ‌وكسرة يشد بها صلبه، وثوب يواري عورته)). [عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، فر، ((الضعيفة)) (2134)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga perkara yang tidak akan dihisab seseorang hamba padanya: Rumah dari kayu yang dia berteduh padanya, serpihan yang menguatkan tulang belakangnya, dan pakaian yang menutupi auratnya.))
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd, al-Dailami dalam al-Firdaus, al-Dhaifah (2134)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.