Tiga perkara yang tidak ada padanya rukhsah (keringanan)

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث ليس لأحد من الناس فيهن رخصة: بر الوالدين مسلماً كان أو كافرا، والوفاء بالعهد لمسلم كان أو كافرا، وأداء الأمانة إلى مسلم كان أو كافرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang tidak ada padanya rukhsah (keringanan) bagi setiap orang: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa sama ada muslim atau kafir, menunaikan janji bagi seorang muslim ataupun kafir, serta menunaikan amanah kepada seorang muslim ataupun kafir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 158 hadis nombor 790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن علي رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ثلاث ليس لأحد من الناس فيهن رخصة: بر الوالدين مسلماً كان أو كافرا، والوفاء بالعهد لمسلم كان أو كافرا، وأداء الأمانة إلى مسلم كان أو كافرا.
[هب، ((الضعيفة)) (7161)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Ali RA beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda: Tiga perkara yang tidak ada padanya rukhsah (keringanan) bagi setiap orang: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa sama ada muslim atau kafir, menunaikan janji bagi seorang muslim ataupun kafir, serta menunaikan amanah kepada seorang muslim ataupun kafir.
[Riwayat Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7161]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs