Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara yang tidak ada padanya rukhsah (keringanan) bagi setiap orang : Berbuat baik kepada kedua ibubapa sama ada muslim atau kafir, menunaikan janji bagi seorang muslim ataupun kafir, serta menunaikan amanah kepada seorang muslim ataupun kafir

Teks Bahasa Arab

ثلاثٌ ليسَ لأَحَدٍ من الناسِ فيهنَّ رخصةٌ : بِرُّ الوالديْنِ مسلمًا كانَ أو كافرًا ، والوفاءُ بالعهدِ لمسلمٍ كانَ أو كافرًا ، وأداءُ الأمانةِ إلى مسلمٍ كانَ أو كافرًا.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara yang tidak ada padanya rukhsah (keringanan) bagi setiap orang : Berbuat baik kepada kedua ibubapa sama ada muslim atau kafir, menunaikan janji bagi seorang muslim ataupun kafir, serta menunaikan amanah kepada seorang muslim ataupun kafir.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 158, hadis no. 790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ثلاث ليس لأحد من الناس فيهن رخصة: بر الوالدين مسلماً كان أو كافراً، والوفاء بالعهد لمسلم كان أو كافراً، وأداء الأمانة إلى مسلم كان أو كافراً)). [هب، ((الضعيفة)) (7161)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali RA beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda: “Tiga perkara yang tidak ada padanya rukhsah (keringanan) bagi setiap orang : Berbuat baik kepada kedua ibubapa sama ada muslim atau kafir, menunaikan janji bagi seorang muslim ataupun kafir, serta menunaikan amanah kepada seorang muslim ataupun kafir.” [Riwayat Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7161].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.