Tiga perkara yang termasuk musibah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من الفواقر: إمام إن أحسنت لم يشكر، وإن أسأت لم يغفر، وجار إن رأى خيراً دفنه، وإن رأى شراً أشاعه، وامرأة إن حضرتك آذتك، وإن غبت خانتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang termasuk musibah: Pemerintah yang apabila kamu berbuat baik dia tidak bersyukur, dan apabila kamu berbuat keburukan dia tidak memaafkan. Dan jiran yang sekiranya melihat kebaikan dia sembunyikan, manakala jika dia melihat keburukan dia sebarkan. Serta seorang perempuan yang jika kamu ada dia menyakiti kamu, manakala jika kamu tiada dia mengkhianati kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 55, hadis nombor 234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فضالة بن عبيد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من الفواقر: إمام إن أحسنت لم يشكر، وإن أسأت لم يغفر، وجار إن رأى خيراً دفنه، وإن رأى شراً أشاعه، وامرأة إن حضرتك آذتك، وإن غبت خانتك)). [((أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3087)].

(Lemah)
Daripada Fuḍālah ibn ‘Ubayd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga perkara yang termasuk musibah: Pemerintah yang apabila kamu berbuat baik dia tidak bersyukur, dan apabila kamu berbuat keburukan dia tidak memaafkan. Dan jiran yang sekiranya melihat kebaikan dia sembunyikan, manakala jika dia melihat keburukan dia sebarkan. Serta seorang perempuan yang jika kamu ada dia menyakiti kamu, manakala jika kamu tiada dia mengkhianati kamu.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3087].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.