Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ من مكارمِ الأخلاقِ عندَ اللهِ تعالى، أن تَعْفُوَ عن من ظلمك، وتُعْطِيَ من حرمك، وتَصِلَ من قطعك.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT: Kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu, kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, dan kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 55, hadis no. 236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ثلاثة من مكارم الأخلاق عند الله تعالى، أن تعفو عن من ظلمك، وتعطي من حرمك، وتصل من قطعك)). [أبو الحسن النعالي في ((الجزء من حديثه))، خط، فر، ((الضعيفة)) (3435)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT: Kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu, kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, dan kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu.)) [Riwayat Abū al-Ḥasan al-Ni‘ālī dalam juzuk daripada hadis beliau, al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3435].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman