Tiga perkara yang tergolong dalam khazanah kebaikan ialah, menyembunyikan kelaparan

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كنوز البر، كتمان الأوجاع، والبلوى والمصيبات، ومن بث لم يصبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang tergolong dalam khazanah kebaikan ialah, menyembunyikan kelaparan, bala dan musibah. Barang siapa yang menyebarkan ia bermakna dia tidak sabar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420, hadis nombor 8647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من كنوز البر، كتمان الأوجاع، والبلوى والمصيبات، ومن بث لم يصبر.)) [تمام، ((الضعيفة))(692)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga perkara yang tergolong dalam khazanah kebaikan ialah, menyembunyikan kelaparan, bala dan musibah. Barang siapa yang menyebarkan ia bermakna dia tidak sabar.))
[Riwayat Tammam dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 692].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs