Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara yang tergantung di ‘Arasy

Teks Bahasa Arab

ثَلَاثٌ مُتَعَلِّقَاتٌ بِالْعَرْشِ : الرَّحِمُ يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي بِكَ؛ فَلَا أُقْطَعُ، وَالْأَمَانَةُ تَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي بِكَ؛ فَلَا أُخْتَانُ، وَالنِّعْمَةُ تَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي بِكَ؛ فَلَا أُكْفَرُ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara yang tergantung di ‘Arasy: Rahim akan berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku ini bersama-Mu, janganlah aku diputuskan. Amanah pula berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku bersama dengan-Mu, maka janganlah aku dikhianati. Nikmat pula berkata: Ya Allah, aku bersama dengan-Mu, maka janganlah aku dikufuri.

Sahabat Perawi

  1. Thawban RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126, hadis no. 642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثَلَاثٌ مُتَعَلِّقَاتٌ بِالْعَرْشِ: الرَّحِمُ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي بِكَ فَلَا أُقْطَعُ وَالْأَمَانَةُ تَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي بِكَ؛ فَلَا أُخْتَانُ وَالنِّعْمَةُ تَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي بِكَ؛ فَلَا أُكْفَرُ. [البزار، هب، البيهقي في الأسماء والصفات، الضعيفة (6481)]

(Terlalu Daif) Daripada Tsawbān RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang tergantung di ‘Arasy: Rahim akan berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku ini bersama-Mu, janganlah aku diputuskan. Amanah pula berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku bersama dengan-Mu, maka janganlah aku dikhianati. Nikmat pula berkata: Ya Allah, aku bersama dengan-Mu, maka janganlah aku dikufuri. [Riwayat al-Bazzār, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Īmān dan al-Asmā’ wa al-Ṣifāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6481]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.