Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ آواهُ الله فِي كَنَفِهِ ونَشَرَ عَلَيْهِ رَحْمَتَهُ وأدْخَلَهُ جَنَّتَهُ: مَنْ إِذا أُعْطِيَ شَكَرَ وَإِذا قَدَرَ غَفَرَ وَإِذا غَضِبَ فَتَرَ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, Allah akan meletakkannya di bawah perlindungan-Nya dan disebarkan kepadanya rahmat-Nya dan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-Nya; iaitu sesiapa yang apabila diberikan (sesuatu nikmat) maka dia bersyukur, apabila diberikan kesempitan maka dia memohon keampunan dan apabila marah maka dia tenang.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 29, hadis no. 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Daraqutni telah meriwayatkannya dalam Gharaib Malik melalui hadith Ibn 'Umar seraya beliau berkata: "Sesungguhnya ia batil". Ahmad bin Ishaq, iaitu perawi hadith tersebut adalah seorang yang tidak dikenali. Ibn Hibban turut berkata berkenaan hadith Ibn 'Abbas: "Tidak ada asalnya". Al-Zahabi pula berkata: "Sesungguhnya ia terlalu lemah.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman