Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي ثَلَاثٌ: مَا يُفتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِينَتِها. وَرِجَالٌ يَتَأَوَّلُونَ الْقُرْآنَ عَلَى غَيْرِ تَأْوِيلِهِ، وَزَلَّةُ عَالِمٍ. أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالْمَخْرَجِ مِنْ ذَلِكَ؟ إِذَا فُتِحَتْ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا، فَاشْكُرُوا اللّهَ. وَخُذُوا مَا تَعْرِفُونَ مِنَ التَّأْوِيلِ، وَمَا شَكَكْتُمْ فِيهِ، فَرَدُّوهُ إِلَى اللّهِ عَزَّ وَجَلَّ. وَانتَظِرُوا بِالْعَالِمِ فِيئَتَهُ، وَلَا تَلْقَفُوا عَلَيْهِ عَثْرَةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya perkara paling aku khuatiri berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah tiga perkara iaitu: Dibukakan kepada kamu segala keindahan dunia dan perhiasannya, para tokoh yang mentakwil al-Qur'an dengan takwilan yang tidak sepatutnya, dan ketergelinciran orang alim. Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu jalan keluar daripada perkara tersebut? Apabila dibukakan dunia kepada kamu, maka bersyukurlah kepada Allah, ambillah takwilan yang kamu ketahui sahaja dan apa yang meragukan kamu maka serahkanlah ia kepada Allah 'Azza wa jalla dan berilah masa kepada orang alim, janganlah kamu tergesa-gesa menghukum ketergelincirannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296, hadis no. 6631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi, katanya: Orang yang aku tidak menuduhnya dusta telah menceritakan kepadaku daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya perkara paling aku khuatiri berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah tiga perkara iaitu: Dibukakan kepada kamu segala keindahan dunia dan perhiasannya, para tokoh yang mentakwil al-Qur'an dengan takwilan yang tidak sepatutnya, dan ketergelinciran orang alim. Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu jalan keluar daripada perkara tersebut? Apabila dibukakan dunia kepada kamu, maka bersyukurlah kepada Allah, ambillah takwilan yang kamu ketahui sahaja dan apa yang meragukan kamu maka serahkanlah ia kepada Allah 'Azza wa jalla dan berilah masa kepada orang alim, janganlah kamu tergesa-gesa menghukum ketergelincirannya. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6548].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman