Tiga perkara yang padanya ada keberkatan, membeli barang sehingga tempoh tertentu

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث فيهن البركة: البيع إلى أجل، والمقارضة، وأخلاط ‌الشعير بالبر للبيت؛ لا للبيع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang padanya ada keberkatan, membeli barang sehingga tempoh tertentu, jual beli al-Muqaradhah (mudharabah), campuran barli dan gandum untuk rumah, bukan untuk dijual.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis nombor 3121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صهيب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث فيهن البركة: البيع إلى أجل، والمقارضة، وأخلاط ‌الشعير بالبر للبيت؛ لا للبيع)). [ه، عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2100)].

(Munkar)
Daripada Suhaib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga perkara yang padanya ada keberkatan, membeli barang sehingga tempoh tertentu, jual beli al-Muqaradhah (mudharabah), campuran barli dan gandum untuk rumah, bukan untuk dijual.))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-‘Uqaili dalam al-Dhuafa’ dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2100].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.