Tiga perkara yang merupakan punca kepada segala kejahatan, maka jauhilah tiga perkara tersebut

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا: إياكم والكبر فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص، فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة. وإياكم والحسد؛ فإن ابني آدم إنما قتل أحدهما صاحبه حسدا فهن أصل كل خطيئة فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر فأمسكوا وإذا ذكر النجوم فأمسكوا وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang merupakan punca kepada segala kejahatan; maka jauhilah tiga perkara tersebut dan tiga perkara yang apabila disebut, maka tahanlah diri kamu (dari mengulas): Jauhilah sifat al-kibr (angkuh), kerana sesungguhnya sifat angkuh yang menghalang Iblis dari sujud (hormat) kepada Adam. Jauhilah al-hirṣ (keinginan yang tinggi), sesungguhnya Adam AS disebabkan keinginan yang tinggi itu yang mendorongnya untuk memakan buah dari pokoklarangan dan jauhilah al-hasad (iri hati), sesungguhnya kedua anak Adam itu, yang menyebabkan salah seorang mereka membunuh saudaranya ialah kerana sifat iri hati. Ktiga-tiga perkara ini merupakan punca bagi semua kesalahan. Maka berhati-hati dan jauhilah ketiga-tiga perkara tersebut. Tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang qadar, maka tahanlah diri dari mengulas tentangnya. Apabila disebut tentang bintang-bintang, maka tahanlah diri kamu dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka tahanlah diri (dari berkata yang tidak baik kepada mereka).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 140, hadis nombor 704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا: إياكم والكبر فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة. وإياكم والحسد فإن ابني آدم إنما قتلَ أحدهما صاحبه حسداً؛ فهن أصل كل خطيئة فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر فأمسكوا وإذا ذكر النجوم فأمسكوا وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا. [الأصبهاني، الضعيفة (6669)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Tiga perkara yang merupakan punca kepada segala kejahatan; maka jauhilah tiga perkara tersebut dan tiga perkara yang apabila disebut, maka tahanlah diri kamu (dari mengulas): Jauhilah sifat al-kibr (angkuh), kerana sesungguhnya sifat angkuh yang menghalang Iblis dari sujud (hormat) kepada Adam. Jauhilah al-hirṣ (keinginan yang tinggi), sesungguhnya Adam AS disebabkan keinginan yang tinggi itu yang mendorongnya untuk memakan buah dari pokoklarangan dan jauhilah al-hasad (iri hati), sesungguhnya kedua anak Adam itu, yang menyebabkan salah seorang mereka membunuh saudaranya ialah kerana sifat iri hati. Ktiga-tiga perkara ini merupakan punca bagi semua kesalahan. Maka berhati-hati dan jauhilah ketiga-tiga perkara tersebut. Tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang qadar, maka tahanlah diri dari mengulas tentangnya. Apabila disebut tentang bintang-bintang, maka tahanlah diri kamu dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka tahanlah diri (dari berkata yang tidak baik kepada mereka). [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6669]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs