Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ هنَّ أصلُ كلِّ خطيئةٍ؛ فاتقوهنَّ. وثلاثٌ إذا ذُكِرْنَ؛ فأمسكوا: إياكم والكِبْرَ؛ فإنَّ إبليسَ إنَّما منعهُ الكِبْرُ أن يسجدَ لآدمَ. وإياكم والحرصَ، فإنَّ آدمَ إنَّما حملهُ الحرصُ على أكلِ الشجرةِ. وإياكم والحسدَ؛ فإنَّ ابنيْ آدمَ إنَّما قَتَلَ أحدُهما صاحبَه حسدًا؛ فهنَّ أصلُ كلِّ! خطيئةٍ، فاتقوهنَّ واحذروهنَّ. والثلاثُ: إذا ذُكِرَ القَدَرُ؛ فأمسكوا، وإذا ذُكِرَ النجومُ؛ فأمسكوا، وإذا ذُكِرَ أصحابي؛ فأمسكوا.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang merupakan punca kepada segala kejahatan; maka jauhilah tiga perkara tersebut dan tiga perkara yang apabila disebut, maka tahanlah diri kamu (dari mengulas): Jauhilah sifat al-kibr (angkuh), kerana sesungguhnya sifat angkuh yang menghalang Iblis dari sujud (hormat) kepada Adam. Jauhilah al-hirṣ (keinginan yang tinggi), sesungguhnya Adam AS disebabkan keinginan yang tinggi itu yang mendorongnya untuk memakan buah dari pokoklarangan dan jauhilah al-hasad (iri hati), sesungguhnya kedua anak Adam itu, yang menyebabkan salah seorang mereka membunuh saudaranya ialah kerana sifat iri hati. Ktiga-tiga perkara ini merupakan punca bagi semua kesalahan. Maka berhati-hati dan jauhilah ketiga-tiga perkara tersebut. Tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang qadar, maka tahanlah diri dari mengulas tentangnya. Apabila disebut tentang bintang-bintang, maka tahanlah diri kamu dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka tahanlah diri (dari berkata yang tidak baik kepada mereka).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 140, hadis no. 704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا: إياكم والكبر فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة. وإياكم والحسد فإن ابني آدم إنما قتلَ أحدهما صاحبه حسداً؛ فهن أصل كل خطيئة فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر فأمسكوا وإذا ذكر النجوم فأمسكوا وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا. [الأصبهاني، الضعيفة (6669)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Tiga perkara yang merupakan punca kepada segala kejahatan; maka jauhilah tiga perkara tersebut dan tiga perkara yang apabila disebut, maka tahanlah diri kamu (dari mengulas): Jauhilah sifat al-kibr (angkuh), kerana sesungguhnya sifat angkuh yang menghalang Iblis dari sujud (hormat) kepada Adam. Jauhilah al-hirṣ (keinginan yang tinggi), sesungguhnya Adam AS disebabkan keinginan yang tinggi itu yang mendorongnya untuk memakan buah dari pokoklarangan dan jauhilah al-hasad (iri hati), sesungguhnya kedua anak Adam itu, yang menyebabkan salah seorang mereka membunuh saudaranya ialah kerana sifat iri hati. Ktiga-tiga perkara ini merupakan punca bagi semua kesalahan. Maka berhati-hati dan jauhilah ketiga-tiga perkara tersebut. Tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang qadar, maka tahanlah diri dari mengulas tentangnya. Apabila disebut tentang bintang-bintang, maka tahanlah diri kamu dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka tahanlah diri (dari berkata yang tidak baik kepada mereka). [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6669]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman