Tiga perkara yang merupakan musibah yang menghancurkan

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث قاصمات الظهر: فقر داخل لا يجد صاحبه متلذذا، وزوجة يأمنها صاحبها وتخونه، وإمام أسخط الله وأرضى الناس، وإن بر المؤمنة كعمل سبعين صديقة، وإن فجور الفاجرة كفجور ألف فاجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang merupakan musibah yang menghancurkan: Kefakiran yang masuk dan tidak menjumpai tuannya dengan kesenangan, seorang isteri yang diberi amanah oleh sahabatnya (suaminya) lalu dia mengkhianatinya, seorang pemimpin yang mengundang kemurkaan Allah demi keredhaan manusia. Sesungguhnya perbuatan baik seorang wanita yang beriman adalah seperti amalan 70 orang yang siddiq (benar imannya), manakala kejahatan seorang wanita yang jahat adalah seperti amalan 1000 orang yang fajir (suka berbuat kejahatan).

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis nombor 4357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثلاث قاصمات الظهر: فقر داخل لا يجد صاحبه متلذذا، وزوجة يأمنها صاحبها وتخونه، وإمام أسخط الله وأرضى الناس، وإن بر المؤمنة كعمل سبعين صديقة، وإن فجور الفاجرة كفجور ألف فاجر)). [الحارث، ((الضعيفة)) (6468)].

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang merupakan musibah yang menghancurkan: Kefakiran yang masuk dan tidak menjumpai tuannya dengan kesenangan, seorang isteri yang diberi amanah oleh sahabatnya (suaminya) lalu dia mengkhianatinya, seorang pemimpin yang mengundang kemurkaan Allah demi keredhaan manusia. Sesungguhnya perbuatan baik seorang wanita yang beriman adalah seperti amalan 70 orang yang siddiq (benar imannya), manakala kejahatan seorang wanita yang jahat adalah seperti amalan 1000 orang yang fajir (suka berbuat kejahatan).”
[Riwayat Ibn Abi Usamah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6468]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs