Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ قاصماتُ الظهرِ: فقرٌ داخلٌ لا يجدُ صاحبُه متلذَّذًا، وزوجةٌ يأْمَنُها صاحبُها وتخونُه، وإمامٌ أسخط اللهَ وأرضى الناسَ، وإنَّ بِرَّ المؤمنةِ كعملِ سبعين صِدِّيقًا، وإنَّ فجورَ الفاجرةِ كفجورِ ألفِ فاجرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang merupakan musibah yang menghancurkan: Kefakiran yang masuk dan tidak menjumpai tuannya dengan kesenangan, seorang isteri yang diberi amanah oleh sahabatnya (suaminya) lalu dia mengkhianatinya, seorang pemimpin yang mengundang kemurkaan Allah demi keredhaan manusia. Sesungguhnya perbuatan baik seorang wanita yang beriman adalah seperti amalan 70 orang yang siddiq (benar imannya), manakala kejahatan seorang wanita yang jahat adalah seperti amalan 1000 orang yang fajir (suka berbuat kejahatan).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis no. 4357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثلاث قاصمات الظهر: فقر داخل لا يجد صاحبه متلذذا، وزوجة يأمنها صاحبها وتخونه، وإمام أسخط الله وأرضى الناس، وإن بر المؤمنة كعمل سبعين صديقة، وإن فجور الفاجرة كفجور ألف فاجر)). [الحارث، ((الضعيفة)) (6468)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang merupakan musibah yang menghancurkan: Kefakiran yang masuk dan tidak menjumpai tuannya dengan kesenangan, seorang isteri yang diberi amanah oleh sahabatnya (suaminya) lalu dia mengkhianatinya, seorang pemimpin yang mengundang kemurkaan Allah demi keredhaan manusia. Sesungguhnya perbuatan baik seorang wanita yang beriman adalah seperti amalan 70 orang yang siddiq (benar imannya), manakala kejahatan seorang wanita yang jahat adalah seperti amalan 1000 orang yang fajir (suka berbuat kejahatan).” [Riwayat Ibn Abi Usamah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6468]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman