Tiga perkara yang menyebabkan seseorang hamba boleh mendapatkan keinginan dunia dan akhirat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث يدرك بهن العبد رغائب الدنيا والآخرة: الصبر على البلاء، والرضا بالقضاء، والدعاء في الرخاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang menyebabkan seseorang hamba boleh mendapatkan keinginan dunia dan akhirat, iaitu sabar atas ujian, redha dengan ketentuan dan doa ketika senang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1456, hadis nombor 7407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هلال التيمي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((ثلاث يدرك بهن العبد رغائب الدنيا والآخرة: الصبر على البلاء، والرضا بالقضاء، والدعاء في الرخاء)). [فر، ((الضعيفة)) (3440)]

(Lemah)
Daripada Abu Hilal al-Taimiy RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang menyebabkan seseorang hamba boleh mendapatkan keinginan dunia dan akhirat, iaitu sabar atas ujian, redha dengan ketentuan dan doa ketika senang.
[Riwayat al-Dailamy dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3440]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs