Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ يُدرِكُ بهن العبدُ رغائبَ الدنيا والآخرةِ : الصبرُ على البلاءِ، والرضا بالقضاءِ، والدعاءُ في الرَّخاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang menyebabkan seseorang hamba boleh mendapatkan keinginan dunia dan akhirat, iaitu sabar atas ujian, redha dengan ketentuan dan doa ketika senang.
Sahabat Perawi
- Abu Hilal al-Taimiy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1456, hadis no. 7407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هلال التيمي - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((ثلاث يدرك بهن العبد رغائب الدنيا والآخرة: الصبر على البلاء، والرضا بالقضاء، والدعاء في الرخاء)). [فر، ((الضعيفة)) (3440)]
(Lemah) Daripada Abu Hilal al-Taimiy RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang menyebabkan seseorang hamba boleh mendapatkan keinginan dunia dan akhirat, iaitu sabar atas ujian, redha dengan ketentuan dan doa ketika senang. [Riwayat al-Dailamy dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3440]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman