Tiga perkara yang menjadi musibah

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث قاصمات الظهر: فقر داخل لا يجد صاحبه متلذذا، وزوجة يأمنها صاحبها وتخونه، وإمام أسخط الله وأرضى الناس، وإن بر المؤمنة كمثل سبعين صديقة، وإن فجور الفاجرة كفجور ألف فاجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang menjadi musibah. Kefakiran dalaman yang menyebabkan seseorang itu tidak merasakan kelazatan dalam hidupnya. Juga seorang isteri yang diamanahkan suaminya namun akhirnya dia berlaku khianat. Serta pemimpin yang Allah murka namun manusia menurutinya. Dan sesungguhnya kebaikan yang dilakukan seorang wanita beriman itu menyamai amal kebajikan yang dilakukan oleh 70 orang siddiq (benar). Sedangkan kejahatan yang dilakukan oleh seorang wanita yang jahat seperti kejahatan yang dilakukan oleh seribu penjahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis nombor 4961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما قال، قال رسول الله ﷺ: ثلاث قاصمات الظهر: فقر داخل لا يجد صاحبه متلذذا، وزوجة يأمنها صاحبها وتخونه، وإمام أسخط الله وأرضى الناس، وإن برّ المؤمنة كعمل سبعين صديقا، وإن فجور الفاجرة كفجور ألف فاجر.
[الحارث، ((الضعيفة)) (6468)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga perkara yang menjadi musibah. Kefakiran dalaman yang menyebabkan seseorang itu tidak merasakan kelazatan dalam hidupnya. Juga seorang isteri yang diamanahkan suaminya namun akhirnya dia berlaku khianat. Serta pemimpin yang Allah murka namun manusia menurutinya. Dan sesungguhnya kebaikan yang dilakukan seorang wanita beriman itu menyamai amal kebajikan yang dilakukan oleh 70 orang siddiq (benar). Sedangkan kejahatan yang dilakukan oleh seorang wanita yang jahat seperti kejahatan yang dilakukan oleh seribu penjahat.
[Riwayat al-Harith dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6468].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs