Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلَاثٌ قَاصِمَاتٌ الظَّهْرَ: فَقْرٌ دَاخِلٌ لَا يَجِدُ صَاحِبُهُ مَتْلَذَّذاً، وَزَوْجَةٌ يَأْمَنُهَا صَاحِبُهَا وَتَخُونُهُ، وَإِمَامٌ أَسْخَطَ اللَّهَ وَأَرْضَى النَّاسَ، وَإِنَّ بِرَّ الْمُؤْمِنَةِ كَمَثَلِ سَبْعِينَ صِدِّيقَةً، وَإِنَّ فُجُورَ الْفَاجِرَةِ كَفُجُورِ أَلْفِ فَاجِرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang menjadi musibah. Kefakiran dalaman yang menyebabkan seseorang itu tidak merasakan kelazatan dalam hidupnya. Juga seorang isteri yang diamanahkan suaminya namun akhirnya dia berlaku khianat. Serta pemimpin yang Allah murka namun manusia menurutinya. Dan sesungguhnya kebaikan yang dilakukan seorang wanita beriman itu menyamai amal kebajikan yang dilakukan oleh 70 orang siddiq (benar). Sedangkan kejahatan yang dilakukan oleh seorang wanita yang jahat seperti kejahatan yang dilakukan oleh seribu penjahat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis no. 4961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما قال، قال رسول الله ﷺ: ثلاث قاصمات الظهر: فقر داخل لا يجد صاحبه متلذذا، وزوجة يأمنها صاحبها وتخونه، وإمام أسخط الله وأرضى الناس، وإن برّ المؤمنة كعمل سبعين صديقا، وإن فجور الفاجرة كفجور ألف فاجر. [الحارث، الضعيفة (6468)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga perkara yang menjadi musibah. Kefakiran dalaman yang menyebabkan seseorang itu tidak merasakan kelazatan dalam hidupnya. Juga seorang isteri yang diamanahkan suaminya namun akhirnya dia berlaku khianat. Serta pemimpin yang Allah murka namun manusia menurutinya. Dan sesungguhnya kebaikan yang dilakukan seorang wanita beriman itu menyamai amal kebajikan yang dilakukan oleh 70 orang siddiq (benar). Sedangkan kejahatan yang dilakukan oleh seorang wanita yang jahat seperti kejahatan yang dilakukan oleh seribu penjahat. [Riwayat al-Harith dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6468].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman