Tiga perkara yang menjadi kewajipan kepadaku sedangkan bagi kamu adalah sunat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث هن علي فريضة وهن لكم تطوع الوتر وركعتا الضحى وركعتا الفجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang menjadi kewajipan kepadaku sedangkan bagi kamu adalah sunat. Iatu solat sunat Witir, dua rakaat solat sunat Dhuha dan dua rakaat solat sunat Fajar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 27, hadis nombor 136. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن عدي في الكامل (7/2670) من طريق أبي جناب الكلبي، عن عكرمة، عن ابن عباس مرفوعاً. فذكره. ومن هذا الوجه: أخرجه أحمد (1/ 231) وأبو بعيم في الحلية (9/ 232) ولكن عندهما: والنحر بدل ركعتا الفجر وقع عند أبي نعيم: أبو جناب عن عمرة. كذا والصواب عن عكرمة فليصحح من هنا. والله الموفق. وأخرجه الدارقطني (2/ 21) ، والبزار (ج 3/ رقم 2433) والبيهقي (2/ 468- 9/ 264) والحاكم (1/ 300) وعندهما: النحر بدل ركعتا الضحى.
قلت: وسنده ضعيف. وأبو جناب الكلبي اسمه يحيى بن أبي حية.ضعيف يحيى القطان وابن معين في رواية وابن سعد، ويعقوب بن سفيان وابن عمار وغيرهم. وقال أحمد: أحاديثه مناكير. وقد وصفوه بالتدليس. قال عبد الحق في أحكامه : ولم يقل في الحديث: نا عكرمة. ولا ذكر ما يدل عليه.
ولذلك قال الذهبي في تلخيص المستدرك : ما تكلم الحاكم عليه، وهو غريب منكر ويحيى ضعفه النسائي والدارقطني. وقال ابن الصلاح: حديث غير ثابت، ضعفه البيهقي في خلافياته.
وكذلك ضعفه ابن الجوزي في التحقيق والنووي في الخلاصة وكذلك نقل الحافظ في التلخيص (2/ 18) أن الإمام أحمد بن حنبل رحمه الله ضعف الحديث ولكن لم يتفرد به أبو جناب. فتابعه جابر الجعفي عن عكرمة عن ابن عباس مرفوعاً بنحوه.
أخرجه أحمد (1/ 232، 234، 317) والبزار (ج 3/ رقم 2434) وعبد بن حميد في المنتخب (586) ، والبيهقي (9/264) . قال البزار: لا نعلم رواة عن ابن عباس إلا عكرمة ولا رواه عن عكرمة إلا جابر وأبو جناب ولم يكن بالقوي واسمه يحيى بن أبي حبة.
قلت: وسنده ضعيف جداً. وجابر الجعفي واه. قال الذهبي في الكاشف : وثقه شعبة فشذ، وتركه الحافظ. وقد اتهمه بالكذب جماعة. ومن عجيب أمر ابن الجوزي رحمه الله أنه كثيراً ما أسقط جابراً الجعفي في الموضوعات و الواهيات. وإذا به يقول في التحقيق (1/ 84) : قال الخصم: جابر هو الجعفي. وقد كذبه أيوب السختياني وزائدة. قلنا: وقد وثقه سفيان الثوري وشعبة، وكفى بهما.
وما هذا إلا لأجل المذهب عفا الله عنا وعنه. قال الحافظ في التلخيص : لم يتفرد به أبو جناب بل تابعه أضعف منه وهو جابر الجعفي أهـ‍
وقد خالفهما أبان بن تغلب، فرواه عن عكرمة مرسلاً أخرجه عبد الرزاق في المصنف (3/ 5/ 4573) عن معمر عن أبان وهذا أوثق منهما. وتابعه يحيى بن سعيد عن عكرمة عن ابن عباس مرفوعاً بلفظ حديث الباب. أخرجه ابن الجوزي في الواهيات (1/ 449 – 450) من طريق ابن شاهين وهذا في الناسخ والمنسوخ (ق / 17/ 2) عن وضاح بن يحيى حدثنا مندل عن يحيى بن سعيد به. قال ابن الجوزي: هذا حديث لا يثبت. فيه وضاح بن يحيى. قال ابن حبان: كان يروي عن الثقات الأحاديث المقلوبات التي كأنها معمولة، فلا يحتج به. قال أحمد: ومندل ضعيف. أهـ‍.
وله شاهد من حديث أنس رضي الله عنه .
أخرجه الدارقطني (2/ 21) ، وابن شاهين في الناسخ والمنسوخ (ق 17/ 2- 18/1) ، ومن طريقه ابن الجوزي في الواهيات (1/ 450) من طريق عبد الله بن محرر عن قتادة عن أنس مرفوعاً: أمرت بالضحى والوتر، ولم يفرض علي.
قال ابن شاهين (ق 18/ 1) : والحديث الأول أقرب إلى الصواب لأن الثاني فيه عبد الله بن محرروليس هو عندهم بالمرضى، ولا أعلم الناسخ منهما لصاحبه، ولكن الذي عندي أشبه أن يكون حديث عبد الله بن محرر على ما فيه ناسخاً للأول لأنه ليس يثبت أن هذه الصلوات فرض، والله أعلم. أهـ‍.
قلت: كذا قال ابن شاهين يرحمه الله تعالى وأغرب في ذلك، لأننا لو سلمنا بأن هناك ناسخاً ومنسوخاً، لاشترطنا صحة الأدلة قبل إثبات الدعوى كيف والأدلة ضعيفة لا يفرح بها. ومع هذا فالأشبه عندي أنه لا يثبت نسخ حتى الأدلة النسخ كما يقول العلماء إنما يلجأ إليه عند تعارض الأدلة بشرط أن تكون صحيحة. والشرط غير موجود فانتفى المشروط. والله أعلم. وحديث أنس واه لأن عبد الله بن المحرر متروك الحديث بل كذبه بعضهم. والعلم عند الله تعالى.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2670) melalui sanad Abu Janab al-Kalbi daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Melalui sanad ini juga telah dikeluarkan oleh Ahmad (1/231) dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (9/232), namun dalam lafaz mereka berdua menyebutkan: "dan korban", ganti kepada "dua rakaat Fajar". Terdapat dalam riwayat Abu Nu’aim: "Abu Janab daripada ‘Umrah". Sebetulnya: "daripada ‘Ikrimah", maka perbetulkanlah dari sini. Semoga Allah memberi petunjuk. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/21), al-Bazzar (juz 3/hadith : 2433), al-Baihaqi (2/468- 9/264) dan al-Hakim (1/300), dalam riwayat mereka berdua menyebutkan: korban ganti kepada dua rakaat Dhuha.
Saya berkata: Sanadnya lemah. Abu Janab al-Kalbi, nama beliau adalah Yahya bin Abu Hayyah. Beliau telah dinilai lemah oleh Yahya al-Qattan, Ibn Ma’in dalam satu riwayat, Ibn Sa’d, Ya’qub bin Sufyan, Ibn ‘Ammar dan lain-lain. Ahmad berkata: "Hadith-hadith beliau adalah munkar". Mereka juga menyifatkan Abu Janab sebagai pelaku tadlis. ‘Abd al-Haq berkata dalam kitab Ahkam beliau: "Beliau tidak menyebutkan dalam hadith tersebut: ”Ikrimah telah menceritakan kepada kami dan tidak menyebutkan perkara yang menunjukkan salah beliau".
Oleh kerana itulah, al-Zahabi berkata dalam Talkhis al-Mustadrak: "al-Hakim tidak menyebutkan apa-apa tentang hadith itu, sedangkan ianya gharib lagi munkar. Yahya telah dinilai dha’if oleh al-Nasa’ei dan al-Daraqutni". Ibn al-Solah berkata: "Hadith yang tidak thabit. Al-Baihaqi telah menilainya dha’if dalam Khilafiyyat beliau". Demikian jugalah Ibn al-Jawzi dalam al-Tahqiq dan al-Nawawi dalam al-Khulasah menilainya sebagai dha’if. Begitu juga yang telah dinukilkan oleh al-Hafiz dalam al-Talkhis (2/18) bahawa al-Imam Ahmad RH telah menilai dha’if hadith tersebut.
Namun, Abu Janab tidak bersendirian meriwayatkan hadith tersebut. Beliau telah disokong oleh Jabir al-Ju’fi daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ dengan lafaz seumpamanya. Ianya telah dikeluarkan oleh Ahmad (1/232, 234, 317), al-Bazzar (juz 3/hadith : 2434), ‘Abd bin Humaid dalam al-Muntakhab (586) dan al-Baihaqi (9/264). Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui yang meriwayatkannya daripada Ibn ‘Abbas selain ‘Ikrimah dan tidak ada yang meriwayatkannya daripada ‘Ikrimah selain Jabir dan Abu Janab…namun, beliau tidak kuat, namanya adalah Yahya bin Abi Habbah".
Saya berkata: Sanadnya terlalu dha’if, Jabir al-Ju’fi seorang yang wahin (terlalu dha’if). Al-Zahabi berkata dalam al-Kashif: "Syu’bah telah menilai beliau sebagai thiqah, beliau berseorangan (menilai sedemikian), al-Hafiz telah meninggalkan riwayat beliau". Sekumpulan ulama telah mendakwa beliau melakukan pendustaan. Termasuk perkara yang pelik adalah sikap Ibn al-Jawzi r.h, beliau banyak kali menjatuhkan kedudukan Jabir al-Ju’fi dalam al-Mawdhu’at dan al-Wahiyat. Dalam masa sama beliau berkata dalam al-Tahqiq (1/84): "Golongan yang mempertikaikan berkata: ‘Jabir adalah al-Ju’fi, beliau telah dinilai sebagai pendusta oleh Ayyub al-Sikhtiyani dan Za’idah”. Kami berkata: “Sufyan al-Thawri dan Syu’bah telah menilai beliau sebagai thiqah, memadailah mereka berdua".
Ini tidak lain melainkan kerana mazhab semoga Allah memberikan kemaafan kepada kita dan beliau. Al-Hafiz berkata dalam al-Talkhis: "Abu Janab tidak berseorangan meriwayatkan hadith tersebut, bahkan beliau telah disokong oleh perawi yang lebih dha’if lagi berbanding beliau, iaitu Jabir al-Ju’fi". [Aban bin taghlab telah meriwayatkan berbeza dengan Abu Janab dan Jabir. Aban telah meriwayatkannya daripada 'Ikrimah secara mursal. Ianya telah dikeluarkan oleh 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (3/5/4573) daripada Ma'mar daripada Aban. Beliau lebih thiqah berbanding mereka berdua]. Beliau telah disokong oleh Yahya bin Sa’id daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ dengan lafaz seperti hadith dalam bab ini.
Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/449-450) melalui sanad Ibn Shahin, hadith ini juga terdapat dalam al-Nasikh Wa al-Mansukh (hlm./17/2) daripada Wadhdhah bin Yahya, katanya Mandal telah menceritakan kepada kami daripada Yahya bin Sa’id dengan sanad beliau. Ibn al-Jawzi berkata: "Hadith ini tidak thabit. Dalam sanadnya terdapat Wadhdhah bin Yahya. Ibn Hibban berkata: ‘Beliau sering meriwayatkan hadith-hadith yang tunggangterbalik seakan-akan ianya direka daripada perawi-perawi thiqah. Oleh itu tidak boleh berhujjah dengan riwayat beliau. Ahmad berkata: Mandal seorang yang dha’if". Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Anas RA.
Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/21), Ibn Shahin dalam al-Nasikh Wa al-Mansukh (hlm. 17/2 – 18/1), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/450) melalui Ibn Shahin, daripada sanad Abd Allah bin Muharrar daripada Qatadah daripada Anas secara marfu’: "Aku telah diperintahkan dengan solat Dhuha dan witir, dan tidak difardhukan kepadaku".
Ibn Shahih berkata (hlm. 18/1): "Hadith pertama lebih hampir ketepatannya kerana hadith kedua dalam sanadnya terdapat Abd Allah bin Muharrar, beliau seorang yang tidak digemari di sisi mereka (ulama hadith) dan saya tidak tahu daripada dua bahagian hadith itu, mana satukah yang menjadi nasikh. Namun yang tepat di sisi saya adalah hadith Abd Allah bin Muharrah berdasarkan kandungannya, ia menasakhkan bahagian yang pertama, kerana tidak thabit bahawa sembahyang-sembahyang difardhukan. Wallahua’lam".
Saya berkata: Demikianlah kata Ibn Shahin. Lebih memelikkan adalah jika kita menerikan bahawa disana adanya nasikh dan mansukh, maka kita perlu memastikan sahih dalil-dalil tersebut sebelum menetapkan dakwaan, sedangkan dalil-dalil tersebut adalah dha’if dan tidak menyenangkan. Tambahan pula,yang betulnya di sisi saya adalah tidak thabit berlakunya nasakh hingga dianggap sebagai dalil-dalil nasakh sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama. Nasakh hanyalah digunakan ketika bercanggahnya antara dalil-dalil dengan syarat ianya mestilah sahih. Apabila syarat tersebut tidak wujud, maka terhapuslah perkara yang disyaratkan itu. Wallahua’lam. Hadith Anas terlalu lemah kerana Abd Allah bin al-Muharrar seorang Matruk al-Hadith, bahkan sebahagian ulama menilai beliau sebagai pendusta. Ilmu yang sebenar-benarnya hanyalah di sisi Allah Ta’ala.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs