TEKS BAHASA ARAB
ثلاث يفرح بهن البدن ويربو عليها: الطيب، والثوب اللين، وشرب العسل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga perkara yang menggembirakan tubuh badan dan memberi kelebihan ke atasnya (iaitu): Wangian, pakaian yang lembut dan minum madu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis nombor 5897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث يفرح بهن البدن ويربو عليها: الطيب، والثوب اللين، وشرب العسل)). [ابن حبان في ((الضعفاء والمتروكين))، حل، ((الضعيفة)) (138)].
(Palsu) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang menggembirakan tubuh badan dan memberi kelebihan ke atasnya (iaitu): Wangian, pakaian yang lembut dan minum madu. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa wa al-Matrukin, dan Abi Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 138].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.