Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلَاثٌ يَفْرَحُ بِهِنَّ البَدَنُ، ويَرْبو علَيهَا: الطِّيبُ، والثَّوْبُ اللَّيِّنُ، وشُرْبُ العَسَلِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang menggembirakan tubuh badan dan memberi kelebihan ke atasnya (iaitu): Wangian, pakaian yang lembut dan minum madu.
Sahabat Perawi
- ‘Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis no. 5897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ثلاث يفرح بهن البدن ويربو عليها: الطيب، والثوب اللين، وشرب العسل)). [ابن حبان في ((الضعفاء والمتروكين))، حل، ((الضعيفة)) (138)].
(Palsu) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang menggembirakan tubuh badan dan memberi kelebihan ke atasnya (iaitu): Wangian, pakaian yang lembut dan minum madu. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa wa al-Matrukin, dan Abi Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 138].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman