Tiga perkara yang mana jika seseorang itu memeliharanya maka dia merupakan wali-Ku yang sebenar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من حفظهن فهو وليي حقا، ومن ضيعهن فهو عدوي حقا: الصلاة، والصيام، والجنابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang mana jika seseorang itu memeliharanya maka dia merupakan wali-Ku yang sebenar, manakala mereka yang mengabaikannya maka dia merupakan musuh-Ku yang sebenar : (Iaitu) Solat, puasa, serta mandi junub.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis nombor 1430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من حفظهن فهو وليي حقا، ومن ضيعهن فهو عدوي حقا: الصلاة، والصيام، والجنابة)).
[طس، ((الضعيفة)) (‌‌3432)]

(Lemah)
Daripada Anas ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang mana jika seseorang itu memeliharanya maka dia merupakan wali-Ku yang sebenar, manakala mereka yang mengabaikannya maka dia merupakan musuh-Ku yang sebenar : (Iaitu) Solat, puasa, serta mandi junub.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3432]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.